@. Terlanjur jalan biar sedundun... Terlanjur lenggang biar sehayun... Semoga indah dipandang mata... Ibarat putik bunga nan mekar... Ikhlas dari Andika... @.


Tuesday, February 9, 2010

Kesudahan Chalet

Setelah penat belum hilang, maklum saja lepas chalet terus pergi ke Taman Warisan untuk sesi penggambaran Dikir Puteri, maka dengan bangga dan kembang hidungnya, kami ingin melaporkan tentang chalet yang baru saja berlangsung tempoh hari.

Chalet yang diadakan pada hari Jumaat sehingga hari Ahad tu agak meriah. Memandangkan ramai yang masih berasa letih dan belum pulih betul setelah pertandingan PID2010, maka chalet kali ini lebih tertumpu kepada sesi santai dan kenal suai.

Hari Jumaat, ramai yang datang pada jam 9 malam. Kita check in, dan mula berehat. Menu biasa kalau di Changi - nasi lemak.

Hari Sabtu, semua yang ada berjaya bangun cepat - sebelum Asar. Setelah sarapan karipap Joo Chiat Rd, maka bermulalah sesi permainan yang pertama. Sebelum terlupa, jutaan terima kasih kepada Joe Cina kerana membeli 50 keping karipap. Budi baiknya tak terbalas, dan ada chance besar tak ada orang nak balas.

The Amazingly Tiring Race
Setiap yang ingin ambil bahagian, perlu membentuk pasukan yang mempunyai 3 anggota. Setelah berjaya, mereka perlu memakai selipar dan berseluar pendek. Duit hanya boleh bawa $10. Handphone yang berkamera itu wajib. Setiap kumpulan diminta mengambil gambar ketiga-tiga anggota di tiga lokasi yang berbeza. Terserah macam mana nak pergi, janji pergi. Kad ATM kena simpan di chalet. Maka, dengan berbekalkan muka mengemis simpati, mereka pun pergilah ke:

1. Carpark 7 Changi Pit 23,
2. Popeye's Restaurant di Century Square, dan
3. Patung singa di pintu masuk Takashimaya.

Ada yang naik bas 29, ada yang tumpang lori pakcik, ada juga yang tumpang kereta atas alasan mak sakit kuat.

Akhirnya, 2 jam selepas pertandingan bermula, kumpulan Yan Kecik, Yattacos dengan Alif  'Anak Gelama'. Hasil dan kerja keras mereka membuahkan hasil, dan mereka membawa pulang wang pukal berjumlah S$300.00, berserta cepuk di belakang oleh kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya.


Fear Factor - Extreme Bloody Gore Idiotic Gothic

Pada jam 5.30pm pula, bermulalah permainan ini. Para aktivis diminta makan dan menghabiskan makanan yang diberikan secepat mungkin. Pada awalnya, semua diberi makanan ringan untuk dihabiskan. Yang lewat, akan disingkirkan dan sekali gus menjadi penonton terhormat.

Dan seperti biasa, mereka yang tewas, apabila melihat penderitaan yang perlu dilalui para peserta, akan berkata "Nasib baik aku kalah siang-siang". Padahal, kalau tak tersingkir, merekalah yang bersungguh-sungguh akan cuba makan dengan kuasa pelahap yang sangat brutal.

Antara makanan yang diwajibkan dengan masa terpantas termasuklah:

1. Keropok Mamie
2. Biskut
3. Roti pisang
4. Air batu
5. Sebotol jam strawberry
6. Pickle
7. Kacang tumbuk
8. Pil asam
9. Sesudu wasabi

Apabila diwawancara, Sdr Wandi 'BH' berkata, "Mamang aku boleh make it. Dekat dua minggu aku tak makan. Aku nak menang. Tapi bila aku tengok apa ada dalam cawan tu, punyalah tak handsome." Seketika kemudian, Wandi sedih lalu menitislah air mata dan air hidung kerana tewas dalam pertandingan.

Nak memendekkan cerita dan menyembunyikan trauma yang dilalui, 5 peserta terpantas, terbaik dan jamban terbaik diminta duduk dan bertenang. Setelah itu, mereka harus makan otak kambing yang sudah dimasak, kemudian minum setengah cawan kicap manis.

"Yeah! Tempe!"

Itulah yang diteriak Sdr Achiok apabila ternampak design untik otak kambing itu. Alangkah kerepotnya mukanya apabila diketahui yang hidangan itu bukan tempe, dan rasanya juga tak seperti tempe.

Top 3 pula diminta memakan setin sardin dan lidah kambing yang direbus. Sdr Achiok mengaku tewas. Maka, Sdr Yattacos dan Sdr Wak Firfighter (finalis lalu) berentap. Sdr Wak kelihatan tenang mengupas sardin satu persatu, manakala Sdr Yattacos pula makan lidah kambing macam monyet makan pisang.

Tanpa diketahui ramai, sebenarnya lidah kambing merupakan makanan kegemaran Yattacos. Difahamkan dahulu, sewaktu bertugas sebagai pengembala kambing, Yattacos akan menggigit lidah kambing-kambing yang berkelakuan sumbang. Dah berapa banyak kambing jadi bisu.Maka, dengan kembang lubang hidungnya, Yattacos menjadi johan pertandingan kali ini, dan mendapat S$100 tunai.


"Saya ingin tujukan kemenangan ini kepada Encik Mikkel Kurupanathan kerana mengambil saya bekerja di ladang ternakannya dulu. West Ham! West Ham!"

"Saya.... saya tak sangka saya tewas lagi... Saya dah cuba... Saya... Tahun ni, saya..." kata Sdr Wak sambil menahan sebak di dada. Lalu, Sdr Wak menghidupkan enjin motor Hayabusa, lalu berdesut meninggalkan chalet sambil mengesat air mata di pipi.

"Oiii! Oii! Wak! Tu motor aku!"


Selepas itu, diadakan permainan bolasepak dua sepasukan, sampai ke malam. Malam pula, ada pegawa IR Sentosa yang hadir dan mengajar cara mengendalikan permainan koboi dengan sempurna.

Esoknya, setelah makan nasi lemak buat kali yang keberapa entah, kita pun pergi ke Taman Warisan.

Sehingga berjumpa lagi pada coretan yang berikutnya, nikmatilah gambar-gambar berikut.






Juara 2010, dengan lidah kambing di tangan




Yeah, tempe! Banyak kau pe tempe, birthday boy..




Dah bingit kalah, Sdr Wak telah cuba nak makan jarinya sendiri...



Adegan "kicap pun kicaplah" disaksikan oleh Sdr Alif yang sedang tahan sabar




Muka klasik - terkedu tahan muntah




Benda gini hanya berlaku di Changi...




Muka-muka yang awal-awal dah tewas ... Cuba lagi tahun depan!

Tuesday, February 2, 2010

Piala Ilham Dipersembah

Tahun baru, azam baru, semangat baru, iltizam baru. Dengan semangat yang membara, Qitabi dan Andika Kencana telah berusaha untuk melakukan yang terbaik di pentas Kelab Masyarakat Anchorvale Ahad lalu.

Perjalanan Qitabi

"Siapa seh Qitabi? Dia orang sewa baju Andika ke?"
"Juara mana ni?"

Itulah antara pertanyaan penonton yang dapat didengar kuping ini ketika duduk di bangku terakhir apabila Qitabi melangkah masuk ke ruang persembahan. Qitabi sebenarnya adalah nama yang digunakan Andika ketika memasuki pertandingan anjuran Kelab Masyarakat Tampines West pada tahun 90-an dahulu. Dalam erti kata lain, ramai antara anggota Qitabi yang sememangnya budak-budak Andika juga, tidak pernah beraksi dalam pertandingan dikir barat. Juaranya yang berasal dari Sekolah Menengah Xinmin (terima kasih Talib dan Firdaus kerana menjemputnya datang ke latihan kami) telah diberi tanggungjawab untuk menjadi juara pada hari itu. Syed Abudi 'hah gitu' pula telah dipersetujui untuk menjadi tukang karut.

Syabas kepada mereka dan kepada semua, kerana tidak terlihat rasa gamam yang pastinya mencengkam sehingga ke hujung-hujung bulu (roma tengkuk). Sebagai debutant mereka tampak tenang dan bersahaja. Cerah masa depan Andika. Biarpun dewan senyap dan kedengaran bunyi siput menguap sewaktu mereka membuat persembahan, namun yang jelas mereka sedang berseronok berseni bersama-sama...


Perjalanan Andika Kencana

Sakit tulang belakang Swalihin 'Burung Punai' masih belum reda. Maka dia terpaksa duduk dalam posisi yang tidak lazim digunakan. Namun kesyahduan dan kekesalan senikata mampu disampaikan kepada khalayak. Muhd Isa 'Abe Icha' pula begitu bersungguh-sungguh menyampaikan mesej dan berjaya menghiburkan hati penonton. Dengan sokongan paluan yang dikemudikan Mat Cemong 'Tangan Tepek', lagu serta persembahan yang disampaikan kelihatan lebih hidup dan menyerlah. Syabas dan double marha!

Keputusannya:

Hampir-hampir kami mengulangi kejayaan kami di Piala Raja Panggung I. Berikut merupakan anugerah yang berjaya kami raih:

Anugerah Juara Berpotensi : Yayat NPCC, Qitabi
Anugerah Senikata Terbaik : Qitabi
Anugerah Kumpulan Berpotensi (Tempat Pertama) : Qitabi
Anugerah Tukang Karut Terbaik : Muhd Isa 'Abe Icha' (Andika Kencana)
Anugerah Tempat Kedua Pertandingan Keseluruhan : Andika Kencana

Terima kasih kepada semua aktivis yang terlibat secara langsung, mahupun kepada mereka yang mendoakan usaha kami. Kami bernasib baik pada hari itu. Syukur diberikan peluang untuk merasakan satu lagi nikmat daripada-Nya.

Tahniah juga kepada para pemenang lain.

Selepas ini, chalet.....

Nun di sana, Mega Perdana melambai manja....




chalet suah!!

Tuesday, January 26, 2010

Pengumuman

Wah, bahang pertandingan dah semakin memuncak. Dada juara karut semakin menggelodak. Muka satu-satu dah makin cuak. Cuma yang tak main dan beli tiket aja yang semakin lepak. Duduk kedai kopi berborak-borak. Tak apa, namun masih jiwa jugak! Asal tak cakap lain buatnya lain, sudah, ya tak?



Apapun, selamat bertanding kepada semua pada hari Ahad ni. Ingat, lirik biar hafal. Ragam biar satu arah.... sroootttt....



Ok, berbalik pada niat asal. Kepada mereka yang mengambil bahagian dalam kursus jurulatih, jangan lupa untuk hadir ke Anchorvale CC pada hari Ahad ini, jam 7.30pm. Kalau tak nak tengok pun, tolonglah datang dan ambil sijil kejurulatihan anda. Syabas. Semoga anak didiknya kelak mendapat ilmu yang bermanfaat. Semoga amanah dijalankan. Semoga halal wang gaji. Semoga semuanya tulus dan telus, tanpa ke'taksa'an.



Kedua, mengenai chalet. Yaaaaa! Kita ada chalet! 5-7 Februari. Di Netherevon Bungalow C dan D. Malangnya, hari Ahad tu tengah hari dah kena keluar. Bagus juga. Isnin pun sekolah. Tengah hari sampai ke petang boleh mancing.



Kali ini, kita ada permainan yang wajib disertai semua. Elakkan konsep "takpelah, aku nak relax. Tak nak join". Tak ada, tak ada. Macam game slide superman jauh tu, tak semua yang ambil bahagian. Game makan pun sama. Ada yang tak main. Kali ni, team games, ketua pasukan pilih siapa main. Individual games, semua mesti main. Siapa tak main kena sula.



Oklah. Jumaat lepas solat dah boleh pergi sana. Nak bagitahu aja. Tempat tu agak mudah nak pergi. Siapa tak tahu, sila tanya Ah Boon. Dia seorang pemandu teksi yang tinggal di Tampines. Ataupun, berkemungkinan kita akan sewa van kecil. Jadi ada khidmat ulang alik dari Pasir Ris MRT ke chalet.



Datanglah.... please? Boleh tengok Cemong main in-between...


sepuloh lagi sepulohhhhhh!!!

Thursday, January 14, 2010

Ready for roll.. Action!

Assalamualaikum semua. Sedikit updates tentang minggu lalu. Pada hari Ahad yang lalu 10 Jan 2010 jam 10 pagi kami sekumpulan pergi ke Taman Warisan. Buat apa? Hahaha! Kami ada shooting. Shooting untuk cerita baru yang tidak lama lagi akan muncul di kaca TV, saluran Suria. 
 

Semua baru sampai di Taman Warisan dengan muka busuk.

Ceritanya bertajuk 'Dikir Puteri'. Entahlah pasal apa, saya pun kurang tahu sangat tentang cerita ni. Apa yang saya tahu ialah, ada beberapa kumpulan setempat yang bertanding dan konon-kononnya mereka semua dari sekolah-sekolah menengah. Bukan kami saja, yang ada pada hari itu juga ialah kumpulan Dendang Mutiara, Cdm, Panjy, Dwi Durrah, Srikandi dan Wahana (main cast). Yang rasa macam kelakar, dan kerana ini shooting punya pasal kami semua tak pakai nama betul. Haha! Tengok jelah nanti bila keluar TV pada 30 Jan 2010.



 

Sampai je di sana kami pun salin dan run through apa-apa yang patut. Seperti biasa janji melayu tak pernah tepat jadi start pun agak lambat. Ada bagusnya juga, kerana kami sempat fikir apa yang nak dibuat atas pentas nanti, lagi-lagi kalau part karut yang nak kena spontan. Haiz! Macam nak pecah kepala otak fikir. 








Action! Cut!!!! Ahh inilah yang sering kita dengar dari seorang director. Tak lain dan tak bukan, saudara Khairudin. Dekni pun dulu main dikir barat jugak. Haha! Suasana di atas pentas pun dah betul-betul punya macam nak main comp dikir. Penonton standard lah, fake. Semua madang sorak semangat, tepuk kuat. Hahaha!! Semuanya kira oklah, cuma kadang-kadang tu kan nak kena repeat and repeat and repeat sampai dia puas hati. Penat beb! Otak pun mati jugak. But its ok, we had fun and so as the rest. Dan nasib baik lunch provided. Kalau tidak, kesianlah kita semua. Confirm yang ada akan mengamok tak tentu pasal.

Allhamduliah. Untuk kami, semuanya berjalan dengan pantas dan ini juga memberi sedikit experience pada sesesiapa tak pernah melalui macam ni selain daripada show show biasa. Terima kasih juga kepada semua ahli-ahli Andika yang hadir pada hari itu walaupun agak susah nak adakan diri pada hari Ahad. Ini semua jiwa! Baiklah, kami pun tak tahu macam mana nanti bila keluar TV. Jadi marilah kita ramai-ramai tunggu  ketibaan hari 30 Jan 2010 dan tonton di saluran Suria. Yay!!

Gambar semua akan di upload tidak lama lagi. Stay tune. 








Saturday, January 9, 2010

Apa lagi? 'Cheer' lah...

Ciahyo! Ciahyo! Ciahyo!



Memang dari mulanya tak plan apa-apa pun hendak buat video tentang anniversary kita tempoh hari. Dengan apa video yang ada, saya cubalah sedaya upaya untuk membuat yang terbaik. Lagi-lagi dengan gelagat budak-budak ni semua, makinlah memberi saya semangat. Hahahaha!! Yeah bebeh!!

Diasingkan lima kumpulan, kali ni kumpulan masing-masing harus pilih 'WARNA' sebagai nama kumpulan mereka. Tetapi mereka tidak dibenarkan memilih sembarangan kerana pihak committee yang akan memberi pilihan warna tersebut. Dari itu, warna-warnanya ialah Biru, Hitam, Kuning, Ungu dan Hijau (sebenarnya ni lambang warna baju-baju Andika.) Hehe! CHEYYYY!!

Kemudian mereka semua kena buat cheer. Mereka hanya diberi 5-10 minit untuk adakan cheer untuk kumpulan mereka sendiri. Masa menang singkat, kena plan cepat-cepat. Haha! Padan muka! Siapa suruh datang lambat. Memang committee sengaja buat macam tu. Dan kalau dorang masih ingat tentang anniversary dulu yang dekat tepi pantai juga ada macam ni, confirm dorang akan standby cheer. Macam ada satu team tu. Hurghh! Keje asyik nak main tipu jeeee....

Video yang akan anda lihat nanti agak kekurangan, dalam macam-macam segilah. Ada satu team tu kesian takda suara, tak tahulah kenapa ada video takda audio. Maklumlah rakam pakai handphone agaknya. "Dah cakap pe tak plan nak buat video apa-apa". Hawhawhawhaw!! Elek ahh, jangan marah. Jom! Jom! Kita tengok video dorang yang merepek-repek ni.

Tuesday, January 5, 2010

Siapa 'slide paling jauh'?

Kita tengok siapa yang menang...



Kalau ada yang tertanya-tanya, apa benda tu 'slide paling jauh'?? Ahh, video di atas ini akan menjawab soalan anda itu. Tapi wait! Elek ahh. Pada 20 Dec 2009, kumpulan Andika menyambut ulang tahun yang ke 17!!. Kalau betul-betul 26 Dec tapi kita buat advance. Jadi dengan secara last min plan, kita adakan ni picnic+games semua di Changi Beach. Alhamdulilah, sambutan cukup baik. Makan pun boleh tahan hensem.

Macam-macam game ada! Tapi sayang, tak semua games yang dapat dirakam. Kalau ada pun mungkin dorang tanam lagi kot. Hehehe!! Abeh gambar? Ah, part ni best. Gambar dipetik oleh saudara Syed Agil tapi sampai sekarang masih belum dapat khabar berita tentang gambar-gambar tersebut. Mungkin dia sibok agaknya. Tak mengapa, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Kalau ada lebih dah kira bonus.

Tahun ni bulan dua ada chalet lagi!! Insya-Allah kalau tiada halangan kami akan teruskan juga. YE!! Jangan ingat ada chalet je nak turun, turunlah training sekali, turunlah show jugak. Ohh come on!! Jom kita buat tahun 2010 ini lagi meraih dan gah dari tahun tahun yang dah berlalu. Sekarang meh kita kekek-kekekkan video ni.



Saturday, January 2, 2010

Anda mahu slow rock?

Kalau takda kerja jadinya gini. . .



Ok kawan-kawan, meh sini tengok videoclip mat rock kental dari Band Sarap. Haha! Video ini dirakam boleh tahan lama jugak, kerana tanam menanam ni semua hobi budak andika tu sebab video ni tak keluar keluar. Kalau korang tengok, ni video kira mahu daring, buat muka tebal, step professional, step mananya artist. Haha! Macam paham! Tahan malu lagi ada ah. Orang yang jalan-jalan semua ingat kita gila. Tapi takpa tu semua belakang cerita, benda pun da jadi.

Bila? Pertengahan tahun lalu semasa kami semua berjalan-jalan nak beli props untuk Piala KGMS. Tempat? Hahh! Mustafa centre ahhh. Best tau. Da buat membership card? Ishh! Ahh berbalik pada cerita. Bila semua dah boring, benda-benda merepek macam ni semua kira style. Satu start semua ikut. Da jadi satu macam punya semangat badak yang dah rasuk badan.

Videoman saudara Hanafiah. Rekod simple je pakai handphone. Tapi tak style-nya bila tengah rekod sekali ada msg. Jahanam videoclip! Haha! Ni lah yang berlaku dalam video, pada minit 4:12. Terpaksalah kita hentikan semua gelagat tebiat pagi dan sambung mencari barang yang nak dibeli. Okok, cerita tak best sangat, tengok lagi best. Harap semua terhibur hati. Yeah!!!