@. Terlanjur jalan biar sedundun... Terlanjur lenggang biar sehayun... Ikhlas daripada Andika... @.

Sunday, December 26, 2010

26 Disember


18 tahun keringat mengalir...


Satu hari dalam sejarah.

26 Disember 1992, kumpulan Andika Kenchana telah ditubuhkan di Kolam Ayer CC. Bermula dengan kaset-kaset Kelantan untuk menimba ilmu, dan persembahan-persembahan kasihan untuk menambah dana, kami mula bertapak dalam dunia seni dikir barat.

Alhamdulillah, 18 tahun sudah berlalu. Kini kami masih lagi berseni, masih lagi meneruskan perjalanan, masih lagi menimba ilmu.

Memandangkan chalet-chalet selalunya penuh pada bulan Disember, sebagaimana lazim, kami bakal menyambut ulang tahun kami yang ke 18 ini apabila tahun baru menjelang kelak.



Selamat Ulang Tahun yang ke-18, Andika.
Majulah Seni Bangsa Berdaulat.




ok le tu...