@. Terlanjur jalan biar sedundun... Terlanjur lenggang biar sehayun... Ikhlas daripada Andika... @.

Monday, November 29, 2010

Berita Mutakhir

Salam dikir kepada semua.

Alhamdulillah. Kita dah sampai ke penghujung bulan November. Sibuk betul kita mempbuat oersembahan di sana-sini. Tidak lupa juga penglibatan kita dalam pertandingan Dikir Ulan 2010.

Untuk mengisytiharkan berita mutakhir, kami ingin menyatalan bahawa:

1) Kami akan turut serta dalam pertandingan dikir barat anjuran Jurong GRC. Bagi mereka yang dah habis peperiksaan, dan dah lama tak kelihatan aksi ragamnya, janganlah segan silu. Silalah ke YCK CC untuk berlatih bersama-sama. Bagi mereka yang rasanya ingin turut serta menganggotai keluarga kami, sila hubingi kami, atau letakkan nama anda di ruangan tagboard.


2) Ketua kami - Sdr Soffian Haron aka Atengko Adikko Agengko telah ditimpa kecelakaan. Beliau telah terjatuh di tangga dan hujung jari kanannya telah patah. Ini dilakukan ketika beliau sedang berlatih untuk berlakon sebagai hero dalam filem sequel "Bruce Lee Your Brother Is it?". Marilah kita sama-sama berdoa agar tangannya kembali pulih. Kasihan, dah dua tiga show beliau main gong aja, sebab tak boleh tepuk tangan.



masih boleh fight main gong..







3) Akhir sekali, marilah kita berdoa agar rakan-rakan kita yang bakal pergi ke Perth untuk menjadi PMP (Pemancing Macam Paham) selamat pergi dan selamat kembali. Semoga Wak, Mockam, Tok Jane, Wandi BH, Fadhil Sir-Mangat dan Djo Labu selamat pergi dan selamat kembali. Jangan lupa bawa balik gambar serta video melawan ikan Sambo, dan juga bawa balik baby koala 3 ekor.










g'day mate...








Sekian, berita TV3.