@. Terlanjur jalan biar sedundun... Terlanjur lenggang biar sehayun... Ikhlas daripada Andika... @.

Monday, June 6, 2011

Huaaaaarrrggghhhhhh...

Setelah sekian lama kami berkubang, (alam Melayu tak ada beruang hibernate), kini tibalah masa kami untuk mengaktifkan semula lelaman yang dah berhabuk sikit ni. Apa pun, biarlah kami memberi beberapa berita terkini terlebih dahulu.


1. Kami telah berjaya membuat persembahan yang memberangsangkan di pertandingan Piala Damai 2011 di Potong Pasir pada bulan Mei yang lalu. Kami berjaya meraih:

a) Johan pertandingan
b) Juara terbaik
c) Karut terbaik
d) Senikata terbaik


Syabas juga kepada anggota paluan (Azam Singapore, Agengko Delgro, Wak Fire dan Aqif) kerana telah mendapat tempat kedua dalam keseluruhan permarkahan paluan.

Kini, ramai anggota yang sibuk :

i) berlatih untuk dikir inter-poly,
ii) melatih untuk persiapan Si CIlik 11, atau
iii) berlatih untuk persembahan orang kahwin.


Banyak sungguh majlis undangan yang kami dapat. Alhamdulillah, masuk sikit ke duit fund kami. Bukan siapa yang untung, anggota juga!

Dengar-dengar desas-desus, ada hadiah yang teramat seronok pada chalet tahun ini?

:)


Cakap pasal orang kahwin, ada beberapa lagi berita istimewa yang melibatkan anggota kami.


1) Mamat Yarriba akan melangsongkan perkahwinannya pada hujung tahun ini.








2) Wak Fire pula akan melangsungkan perkahwinannya pada Februari 2012.






3) Yang lebih gempak lagi, Shane Naz dari Bali a.k.a. Cemong akan bertunang pada hari Sabtu ini, 12 Jun 2011!!! Apa lagi? Kompang! Prang! Prang! Pring! Prang!








4) Bro Mockam tak ada apa-apa yang akan berlaku pada tahun 2014 nanti. Betul. Tak ada apa-apa.




Sekian, gambar-gambar dan video tambahan sedang diusahakan oleh budak yang tengah kemarok dengan video editing.


Jumpa lagi!!