@. Terlanjur jalan biar sedundun... Terlanjur lenggang biar sehayun... Ikhlas daripada Andika... @.

Saturday, May 15, 2010

Pesta Senandung Rakyat 6

Salam hormat kepada semua. Sebagaimana yang telah diumumkan dalam siri Mega Perdana 2010, kumpulan Andika akan menganjurkan pertandingan dikir barat khusus untuk kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya ke peringkat akhir, dan juga kumpulan-kumpulan yang telah menarik diri dari peringkat saringan sahaja. Kumpulan-kumpulan yang diundang ialah:

1. Krakatoa
2. Raja Muda
3. Durbar Dua
4. Hikayat Putera Emas
5. Tumpat
6. Putera Dewa
7. Endang
8. Balqis
9. Wayan
10. Nira Nyertika
11. Dhiya'
12. Ayunan Dewi
13. Tanjak Taulan
14. Hulubalang
15. Si Anak Seni
16. H.P.E
18. Neng Nyno

19. Akasia
20. Satria Kirana
21. Dewi

HARAP AMBIL PERHATIAN

Bagi kumpulan-kumpulan yang menarik diri di peringkat saringan, nama peserta yang ingin mengambil bahagian, tidak boleh ada pada senarai 30 peserta kumpulan yang telah ke peringkat akhir.

Namun, sekiranya kurang daripada 10 kumpulan yang berminat, maka kami akan membuka pertandingan ini kepada orang ramai.  Tujuan utama pertandingan dijalankan adalah supaya masyarakat dapat memberi semangat kepada pendikir-pendikir yang tidak layak ke peringkat separuh akhir.

Setiap kumpulan yang bertanding akan berdasarkan senarai nama yang diberikan untuk pertandingan Mega Perdana 2010. Walau bagaimanapun, setiap kumpulan diizinkan menambah 3 anggota baru.

Majlis taklimat akan diadakan di Yio Chu Kang CC 20 Mei 2010 di Kelab Masyarakat Yio Chu Kang pada pukul 8 malam. Wang pendaftaran berjumlah $80. Setiap kumpulan diminta menjual 20 tiket yang berharga $8. Harap bawa $20 untuk membuat cabutan undi.

Segala ketidakpastian akan dijawab dalam majlis taklimat kelak.

 
Berikut merupakan maklumat baru mengenai pertandingan ini.

Lokasi: Yio Chu Kang CC
Tarikh: Sabtu, 24 Julai 2010
Masa : 2 petang
Harga tiket : $8




Harap maklum.


:)