Salam sejahtera.
Selepas majlis taklimat, berikut merupakan urutan peserta mengikut cabutan nombor yang telah dijalankan.
1. Tanjak Taulan
2. Krakatoa
2. Krakatoa
3. Dhiya'
4. Hikayat Putera Emas
5. Si Anak Seni
6. Tumpat
7. Putera Dewa
6. Tumpat
7. Putera Dewa
Namun masih ada lagi kumpulan yang belum mendaftarkan diri untuk pertandingan ini. Kumpulan-kumpulan yang lewat mendaftarkan diri akan secara automatis menjadi kumpulan pertama.
1. Raja Muda
2. Durbar Dua
3. Endang
4. Balqis
5. Wayan
6. Nira Nyertika
7. Ayunan Dewi
8. Hulubalang
9. Neng Nyno
2. Durbar Dua
3. Endang
4. Balqis
5. Wayan
6. Nira Nyertika
7. Ayunan Dewi
8. Hulubalang
9. Neng Nyno
Syarat-syarat pertandingan:
Pertandingan ini terbuka kepada semua kumpulan dikit barat undangan sahaja.
Semua kumpulan akan bertanding dalam kategori bebas (lelaki dan perempuan).
Setiap kumpulan dibenarkan mendaftar seramai 30 orang anggota tetapi hanya 20 anggota sahaja yang dibenarkan bertanding pada hari pertandingan.
- Hanya boleh menggunakan anggota dari senarai nama di MP 2010.
- Diizinkan menambah 3 nama baru tetapi tidak boleh menggunakan peserta dari finalist MP 2010.
Setiap kumpulan harus memberikan nama senarai peserta sebelum membuat persembahan.
Pertandingan ini berkonsepkan dikir barat ala Singapura dan penyampaian dalam bahasa baku.
Tema bagi pertandingan ialah: Tangan atau Kuat.
Senikata wajib dihantar bersama wang pendaftaran dan wang tiket pada:
- 1 Julai 2010 dari 8pm hingga 10pm di Yio Chu Kang CC. Penghantaran lewat akan dipotong 10 markah, dan lagi 10 pada hari yang berikutnya.
- Yuran pendaftaran $80. ($60 + $20 cabut nombor).
- Setiap kumpulan diminta menjual 20 tiket yang berharga $8. ($160)
Senikata wajib ciptaan asli. Setiap persembahan juga perlu menggunakan lagu ciptaan asli. Nama penulis senikata dan tema yang dipilih harus dituliskan pada semua salinan senikata. Senikata yang pernah
digunakan tidak akan diterima.
Lagu penutup bagi setiap persembahan diwajibkan lagu irama wau bulan atau 14 hari bulan.
Setiap kumpulan akan diadili dari berbagai kriteria.
- Juara
- Karut
- Senikata
- Paluan
- Awok-awok
Alat-alat muzik yang wajib ada ketika mengiringi setiap permainan dikir barat dalam pertandingan ini adalah seperti berikut:
- Rebana Ibu
- Rebana Anak
- Gong
- Marakas
- Tamrin
Masa yang ditetapkan untuk membuat persembahan untuk setiap persembahan ialah 11 minit tepat. Potongan markah akan dikenakan sekiranya kumpulan berkenaan tidak mematuhi tempoh masa yang diberikan. (5 markah bagi setiap 30 saat).
Pengadil bagi pertandingan ini masih belum ditentukan.
Hadiah wang tunai bagi pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga belum boleh ditentukan kerana pihak penganjur masih menunggu kata putus dari penaja. Hadiah bagi kategori individu adalah seperti berikut;
- Juara Terbaik
- Karut Terbaik
- Paluan Terbaik
- Senikata Terbaik
- Awok-awok Terbaik
Sebuah piala setiap kategori.
Beberapa soalan yang telah diajukan semasa taklimat sudahpun dijawab, namun selepas sahaja tamat majlis taklimat penganjur telah mempertimbangkan kelonggaran pada isu-isu berikut setelah berbincang.
1. Merakam video? Boleh.
2. Tukar nama kumpulan? Boleh.
3. Penggunaan props? Boleh.
4. Adakah samping diwajibkan bagi kumpulan wanita? Tidak. Asalkan berpakaian sopan. Bagi kumpulan lelaki pula pemakaian samping adalah wajib.
5. Penukaran Juara, Karut atau Paluan? Boleh. Asalkan mereka di dalam senarai 30 nama.
Contoh; Pemain gong menukar ke posisi Tukang Karut.
Harap maklum, pihak penganjur tidak akan bertanggungjawap sekiranya berlaku sebarang kecurian, kemalangan atau musibah semasa pertandingan ini berjalan. Pihak penganjur juga berhak menambah atau menukar syarat-syarat pertandingan ini jika perlu.