Tahun baru, azam baru, semangat baru, iltizam baru. Dengan semangat yang membara, Qitabi dan Andika Kencana telah berusaha untuk melakukan yang terbaik di pentas Kelab Masyarakat Anchorvale Ahad lalu.
Perjalanan Qitabi
"Siapa seh Qitabi? Dia orang sewa baju Andika ke?"
"Juara mana ni?"
Itulah antara pertanyaan penonton yang dapat didengar kuping ini ketika duduk di bangku terakhir apabila Qitabi melangkah masuk ke ruang persembahan. Qitabi sebenarnya adalah nama yang digunakan Andika ketika memasuki pertandingan anjuran Kelab Masyarakat Tampines West pada tahun 90-an dahulu. Dalam erti kata lain, ramai antara anggota Qitabi yang sememangnya budak-budak Andika juga, tidak pernah beraksi dalam pertandingan dikir barat. Juaranya yang berasal dari Sekolah Menengah Xinmin (terima kasih Talib dan Firdaus kerana menjemputnya datang ke latihan kami) telah diberi tanggungjawab untuk menjadi juara pada hari itu. Syed Abudi 'hah gitu' pula telah dipersetujui untuk menjadi tukang karut.
Syabas kepada mereka dan kepada semua, kerana tidak terlihat rasa gamam yang pastinya mencengkam sehingga ke hujung-hujung bulu (roma tengkuk). Sebagai debutant mereka tampak tenang dan bersahaja. Cerah masa depan Andika. Biarpun dewan senyap dan kedengaran bunyi siput menguap sewaktu mereka membuat persembahan, namun yang jelas mereka sedang berseronok berseni bersama-sama...
Perjalanan Andika Kencana
Sakit tulang belakang Swalihin 'Burung Punai' masih belum reda. Maka dia terpaksa duduk dalam posisi yang tidak lazim digunakan. Namun kesyahduan dan kekesalan senikata mampu disampaikan kepada khalayak. Muhd Isa 'Abe Icha' pula begitu bersungguh-sungguh menyampaikan mesej dan berjaya menghiburkan hati penonton. Dengan sokongan paluan yang dikemudikan Mat Cemong 'Tangan Tepek', lagu serta persembahan yang disampaikan kelihatan lebih hidup dan menyerlah. Syabas dan double marha!
Keputusannya:
Hampir-hampir kami mengulangi kejayaan kami di Piala Raja Panggung I. Berikut merupakan anugerah yang berjaya kami raih:
Anugerah Juara Berpotensi : Yayat NPCC, Qitabi
Anugerah Senikata Terbaik : Qitabi
Anugerah Kumpulan Berpotensi (Tempat Pertama) : Qitabi
Anugerah Tukang Karut Terbaik : Muhd Isa 'Abe Icha' (Andika Kencana)
Anugerah Tempat Kedua Pertandingan Keseluruhan : Andika Kencana
Terima kasih kepada semua aktivis yang terlibat secara langsung, mahupun kepada mereka yang mendoakan usaha kami. Kami bernasib baik pada hari itu. Syukur diberikan peluang untuk merasakan satu lagi nikmat daripada-Nya.
Tahniah juga kepada para pemenang lain.
Selepas ini, chalet.....
Nun di sana, Mega Perdana melambai manja....
chalet suah!!