Setelah penat belum hilang, maklum saja lepas chalet terus pergi ke Taman Warisan untuk sesi penggambaran Dikir Puteri, maka dengan bangga dan kembang hidungnya, kami ingin melaporkan tentang chalet yang baru saja berlangsung tempoh hari.
Chalet yang diadakan pada hari Jumaat sehingga hari Ahad tu agak meriah. Memandangkan ramai yang masih berasa letih dan belum pulih betul setelah pertandingan PID2010, maka chalet kali ini lebih tertumpu kepada sesi santai dan kenal suai.
Hari Jumaat, ramai yang datang pada jam 9 malam. Kita check in, dan mula berehat. Menu biasa kalau di Changi - nasi lemak.
Hari Sabtu, semua yang ada berjaya bangun cepat - sebelum Asar. Setelah sarapan karipap Joo Chiat Rd, maka bermulalah sesi permainan yang pertama. Sebelum terlupa, jutaan terima kasih kepada Joe Cina kerana membeli 50 keping karipap. Budi baiknya tak terbalas, dan ada chance besar tak ada orang nak balas.
The Amazingly Tiring Race
Setiap yang ingin ambil bahagian, perlu membentuk pasukan yang mempunyai 3 anggota. Setelah berjaya, mereka perlu memakai selipar dan berseluar pendek. Duit hanya boleh bawa $10. Handphone yang berkamera itu wajib. Setiap kumpulan diminta mengambil gambar ketiga-tiga anggota di tiga lokasi yang berbeza. Terserah macam mana nak pergi, janji pergi. Kad ATM kena simpan di chalet. Maka, dengan berbekalkan muka mengemis simpati, mereka pun pergilah ke:
1. Carpark 7 Changi Pit 23,
2. Popeye's Restaurant di Century Square, dan
3. Patung singa di pintu masuk Takashimaya.
Ada yang naik bas 29, ada yang tumpang lori pakcik, ada juga yang tumpang kereta atas alasan mak sakit kuat.
Akhirnya, 2 jam selepas pertandingan bermula, kumpulan Yan Kecik, Yattacos dengan Alif 'Anak Gelama'. Hasil dan kerja keras mereka membuahkan hasil, dan mereka membawa pulang wang pukal berjumlah S$300.00, berserta cepuk di belakang oleh kumpulan-kumpulan yang tidak berjaya.
Fear Factor - Extreme Bloody Gore Idiotic Gothic
Pada jam 5.30pm pula, bermulalah permainan ini. Para aktivis diminta makan dan menghabiskan makanan yang diberikan secepat mungkin. Pada awalnya, semua diberi makanan ringan untuk dihabiskan. Yang lewat, akan disingkirkan dan sekali gus menjadi penonton terhormat.
Dan seperti biasa, mereka yang tewas, apabila melihat penderitaan yang perlu dilalui para peserta, akan berkata "Nasib baik aku kalah siang-siang". Padahal, kalau tak tersingkir, merekalah yang bersungguh-sungguh akan cuba makan dengan kuasa pelahap yang sangat brutal.
Antara makanan yang diwajibkan dengan masa terpantas termasuklah:
1. Keropok Mamie
2. Biskut
3. Roti pisang
4. Air batu
5. Sebotol jam strawberry
6. Pickle
7. Kacang tumbuk
8. Pil asam
9. Sesudu wasabi
Apabila diwawancara, Sdr Wandi 'BH' berkata, "Mamang aku boleh make it. Dekat dua minggu aku tak makan. Aku nak menang. Tapi bila aku tengok apa ada dalam cawan tu, punyalah tak handsome." Seketika kemudian, Wandi sedih lalu menitislah air mata dan air hidung kerana tewas dalam pertandingan.
Nak memendekkan cerita dan menyembunyikan trauma yang dilalui, 5 peserta terpantas, terbaik dan jamban terbaik diminta duduk dan bertenang. Setelah itu, mereka harus makan otak kambing yang sudah dimasak, kemudian minum setengah cawan kicap manis.
"Yeah! Tempe!"
Itulah yang diteriak Sdr Achiok apabila ternampak design untik otak kambing itu. Alangkah kerepotnya mukanya apabila diketahui yang hidangan itu bukan tempe, dan rasanya juga tak seperti tempe.
Top 3 pula diminta memakan setin sardin dan lidah kambing yang direbus. Sdr Achiok mengaku tewas. Maka, Sdr Yattacos dan Sdr Wak Firfighter (finalis lalu) berentap. Sdr Wak kelihatan tenang mengupas sardin satu persatu, manakala Sdr Yattacos pula makan lidah kambing macam monyet makan pisang.
Tanpa diketahui ramai, sebenarnya lidah kambing merupakan makanan kegemaran Yattacos. Difahamkan dahulu, sewaktu bertugas sebagai pengembala kambing, Yattacos akan menggigit lidah kambing-kambing yang berkelakuan sumbang. Dah berapa banyak kambing jadi bisu.Maka, dengan kembang lubang hidungnya, Yattacos menjadi johan pertandingan kali ini, dan mendapat S$100 tunai.
"Saya ingin tujukan kemenangan ini kepada Encik Mikkel Kurupanathan kerana mengambil saya bekerja di ladang ternakannya dulu. West Ham! West Ham!"
"Saya.... saya tak sangka saya tewas lagi... Saya dah cuba... Saya... Tahun ni, saya..." kata Sdr Wak sambil menahan sebak di dada. Lalu, Sdr Wak menghidupkan enjin motor Hayabusa, lalu berdesut meninggalkan chalet sambil mengesat air mata di pipi.
"Oiii! Oii! Wak! Tu motor aku!"
Selepas itu, diadakan permainan bolasepak dua sepasukan, sampai ke malam. Malam pula, ada pegawa IR Sentosa yang hadir dan mengajar cara mengendalikan permainan koboi dengan sempurna.
Esoknya, setelah makan nasi lemak buat kali yang keberapa entah, kita pun pergi ke Taman Warisan.
Sehingga berjumpa lagi pada coretan yang berikutnya, nikmatilah gambar-gambar berikut.
Juara 2010, dengan lidah kambing di tangan
Yeah, tempe! Banyak kau pe tempe, birthday boy..
Dah bingit kalah, Sdr Wak telah cuba nak makan jarinya sendiri...
Adegan "kicap pun kicaplah" disaksikan oleh Sdr Alif yang sedang tahan sabar
Muka klasik - terkedu tahan muntah
Benda gini hanya berlaku di Changi...
Muka-muka yang awal-awal dah tewas ... Cuba lagi tahun depan!