Semoga Syawal yang hadir ni dapat memberikan keinsafan atas kesilapan lampau. Marilah bersama-sama memandang ke hadapan untuk menaikkan lagi semangat yang sedia ada.
Dan cakap pasal semangat, kami nak uar-uarkan semangat salah seorang anggota kami yang dah sibuk dan kemaruk nak bertunang. Keluarga Andika dijemput untuk menghadiri dan memeriahkan lagi majlis pertunangan itu. Dua buah bas mini dan tiga lori sayur telah ditempah bagi mereka yang tidak berkenderaan. Bagi mereka yang berkenderaan, harap dapat meletakkan kereta di tempat yang sesuai supaya tidak disaman sebagaimana Cikgu Djohan dan Sdr Azam kena tempoh hari waktu Atengko bernikah.
Majlis gilang-gemilang ini akan diadakan pada hari Sabtu ini, 18/9/10, dari jam 2.30pm hingga ke 7 malam, bertempat di Blk 684D Woodlands Drive 73, tingkat empat, nombor pintu cari sendiri.
Bagi yang tak pasti di mana Blok 684D, ia terletak bersebelahan Blok 684C.
Bagi yang tak tahu siapa bakal pengantinnya, ini dia rupanya....
tak nak! tak nak!
aku tak rela! tidaaakkkk!
Ini pula pasangannya...
haaahahaha!
mana mau lari...?
Nombor Dua.
Berikut ialah senarai persembahan dikir sempena Hari Raya Aidilfitri 2010. Marilah kita hadir beramai-ramai untuk memeriahkan lagi suasana!
25 September
6:30pm di Downtown East Event Square (15 min)
2 Oktober
2pm Grassroot Club - Perjumpaan Hari Raya Singapore Nurses' Association
6.30pm YCK CC - Perjumpaan Hari Raya
9pm - Joo Chiat CC - Perjumpaan Hari Raya
3 Oktober
Berjalan Raya! Sila hubungi Tok Jane sekiranya berhajat untuk menjemput kami ke rumah anda. Tahun ini, kami akan berikan tumpuan kepada bahagian Timur pula. Siapa cepat, dia dapat slot! Sebab untuk pergi lebih daripada 20 rumah tu mustahil. Haha!
1) Rumah Cikgu Djohan (10am)
2) Rumah Alif Anak Gelama
3)
4)
5)
6)
7)
8)
9)
4 dan 5 Oktober
Inter-Continental Hotel - Persembahan dengan Sriwana (TBC)
7 November
Blk 232 Yishun - Persembahan Orang Kahwin
28 November
Blk 139 Pasir Ris St 11 - Persembahan Orang Kahwin
December
Perancangan untuk meraikan ulangtahun Andika yang ke-18!!! Nantikan saja maklumat lanjut!
Abe Icha