@. Terlanjur jalan biar sedundun... Terlanjur lenggang biar sehayun... Ikhlas daripada Andika... @.

Wednesday, August 4, 2010

Pengumuman

Tika mata tentang mata
Hadir segan campur takut
Lidah kelu nak berkata
Padahal kedua-duanya karut.






Maka, dengan mohor Rajagopal dan Dato Rajah raja agung.. (hmmm..)
Dengan izin yang diperkenankan duli yang amat mulia Legong Sekedong,
Tiba selari enam bintang dan rembulan jenuh memacu cakerawala
Tanggal 8 Ogos empunya ceritera,

Maka menjadilah impian menghapus igauan
Ayahanda dan bonda pengutus lamaran
Niat menyunting harum mekar jambangan penyeri taman
Agar dapat menghias hati, menyemai kasih, meniti hari masa depan

Laaaagi tak tahu! Jomlah kita ke rumah Isa di Ang Mo Kio Ahad ni, lepas 3 petang. Ada bachelor party! Kita dah pun menyewa sebuah kek raksasa, yang mana di dalamnya pun ada kek juga. Juga, kami boleh menonton.... cerita.... Forum perdana bersama-sama.

Dalam erti kata lain, bawalah DVD Despicable Me, bawalah makanan ringan, kita bersuka-ria di rumah Isa yang akan expire tarikh tempoh status 'solo'-nya.


PENGUMUMAN PENTING JUA!

15 Ogos, kami ada dua show. 1 petang di Taman Warisan. 6.30 petang di auditorium Nanyang Politeknik. Oleh itu, marilah kita adakan acara tahunan iftar di YCK CC pada 13 Ogos, bersamaan hari Jumaat. Harap kita dapat bersama-sama hadir untuk berlatih untuk show. Mungkin lepas tu kita boleh ke bazaar! (ideaaa...)

Bagi mereka yang tak pernah main show, inilah peluang anda untuk main show. Bagi yang dah biasa main show, keep up the good work dan teruskan bersuka-ria bersama Singer.


Jadi ingat! * 8 Ogos dan 13 Ogos!*




ini pengantin lelakinya.
alah comelnya diaaa....




Ini pengantin perempuannya,
karut (freelance) nombor 195