@. Terlanjur jalan biar sedundun... Terlanjur lenggang biar sehayun... Ikhlas daripada Andika... @.

Sunday, June 13, 2010

Hari Keluarga

Anda stress? Anda bingit susah nak hafal lirik? Ada step anda tak dapat buat? Anda zeng pasal suara keluar macam kentut siput?

Bertenang. Apa kata kita jangan berbual pasal dikir, jangan berbual pasal set, pasal ragam pun jangan. Apa kata kita ke temasya hari keluarga Andika!

Apa dia?
Lama tak datang? Turun aja...
Segan nak jumpa? Turun aja...
Budak lama yang lama menghilang? Turun aja...

Kita akan adakan temasya hari keluarga Andika pada hari Ahad ini, 20 Jun di JOM. Tempatnya di Ah Hood Road, jam 9am. Tau pagi, but the early beberd gets the worm. Kita berbowling sambil merapatkan hubungan sesama sendiri. Kita nak jemput chong dan isteri untuk join sekaki.

Jangan takut, kita tak berbual pasal dikir LANGSUNG. Hari tu temanya bowling. Sila datang dengan mengenakan baju jersey bola fevret anda.

Hadiah-hadiah menarik telah disediakan. Ada lucky draw, ada makan. Tak perlu keluar satu sen pun. Cara main bowling pun senang.

Setiap satu anggota perlu ada partner - chickies/tunang/gerfren/isteri/etc.
Dengan ini, jadilah satu pasangan. Setiap pasangan akan main 2 game.

Bagi yang susah cari pasangan, anda boleh cari anggota lain sebagai pasangan, tapi memandangkan kedua-duanya lelaki, markah akan dipotong selepas semua markah dikira.

Piala akan disediakan kepada semua.

Tak payah keluar duit. Cuma keluar peluh aja.


Dan tak boleh lambat, sebab kalau lambat towkay bowling mengamuk.

Jom kita sama-sama meriahkan acara ini. 9am! Jangan lambat! Lambat makan habis...


PS
Kita dah jemput chong. Dia kata dia boleh turun, asalkan kita tak berbual sepatah haram pun pasal dikir. Kalau dia dengar bunyi canang ke, bunyi wau bulan ke, malah kalau lepas strike ada bunyi tepuk ala tepuk sepuluh pun, dia akan balik rumah. So please people, lets have a jolly good time, good clean fun.

All for fun
Fun for all.


Abe Icha