Pertandingan Wau Asli
Buat julung-julung kalinya, kami akan menganjurkan Pertandingan Wau Asli Piala Adam Lambert, yang akan diadakan di padang lapang bersebelahan Anchorvale CC. Nantikan maklumat seterusnya.
Iklan
Saudara Djohan baru saja pulang dari KL atas tugas semi-rasmi pada 20 Feb jam 1.02am. Di sana, beliau telah ternampak akan kedai yang menjual layang-layang. Tanpa segan-silu, beliau telah membeli layang-layang itu untuk dibeli semula para anggota Andika. Maka, bagi kerabat Andika yang kecengkongan tangannya terserlah dan tidak mahu membuat layang-layang, anda boleh ambil jalan mudah dan sama bergembira dengan membeli layang-layang yang diimport oleh Saudara Djohan. Penempahan berdasarkan siapa SMS dulu, akan didahulukan. Sila SMS Saudara Djohan melalui talian biasanya.
Berikut merupakan maklumat lanjut mengenai layang-layang itu:
a) Layang-layang warna ceria Gred C garis lintang cakerawala - 7 keping ($2 setiap satu)
b) Layang-layang wira bakti Gred B pukau sendeng awan semesta - 1 keping ($6)
c) Layang-layang helang menyambar singa menoleh gred A - tiada stok, Alif dah kebas
d) Layang-layang last piece Kluang mengancam cengkaman Bidayuh gred Super Sakral - boss punya
Setiap layang dijual tanpa benang. Cepat, selagi stok masih ada.
dah, jangan macam paham...
main yang kecik-kecik dulu...
PS
Oleh kerana menyampah, Saudara Djohan tidak akan menaikmuatkan apa-apa perkara mengenai dikir barat di lelaman ini dari 21 Feb sehingga 10 Julai 2010. Segala perbualan di telefon dan emel mengenai dikir barat juga tidak akan dilayan. Harap maklum.









