@. Terlanjur jalan biar sedundun... Terlanjur lenggang biar sehayun... Ikhlas daripada Andika... @.

Saturday, September 12, 2009

Puasa


Dah lama juga blog ni berpuasa eh. Hehehe...

Apa dia? Tak... Bukan blog ini diminta kena siram dengan air katira... Ke minta kena lontar dengan ayam masak cili api jamuan buka Selasa lepas...
Puasa 'entry post' lah...

Webmaster kita pun risau jugak. Ramai yang dah kempunan. Sampai dah nak masuk tahap kronik pun ada juga.
Bagus... Sebab ini menguji kesabaran kita...

Semua mesti dah lapar kan?
Ok ok... Sebelum memudaratkan, kita "buka" satu entry. Ini pun kira "kurma" je tau. Hehehe...

Sudah siap!!! Sudah siap!!!
Iklan dari kumpulan Andika. Untuk persembahan dikir barat gabungan kumpulan-kumpulan jemputan rakan kita BoB dan Yunos dari Kumpulan Dikir Barat Chuchu Datok Merah...

(Tak lah hebat sangat iklan ni pun. Lain kali kita akan pakai kamera HD serba canggih lagi. Pengarah kita panggil cerita Hindustan punya. Penyunting pun kita kidnap TV punya olang...)

Canang satu kampung!!! Canang satu kampung!!!
Tapi kalau iklan kacak lagi ranggi pun, kalau tak datang tak best...
Jadi ajaklah abang, kakak, ibu, ayah, Acit, Pak Long, Mak Long semua...

Lagipun dah tinggal 7 hari sahaja. Mesti nak ke Geylang cari bantal baru, langsir baru, pinggan mangkuk baru... Alang-alang tu, singgah lah sekejap ke Kampung Melayu... Bukan selalu kita ada pesta sebegini...

Untuk adik beradik @.
Jomlah datang siang sikit.
Ada iftar bersama kumpulan Keris dan Chuchu Datok Merah. Jam 6.30 petang...Yok! Boleh eratkan lagi silaturrahim. Makan, kalau nak, boleh ke gerai burger Wandy... Sudah tentu puas hati...

1st 20 olang msg Fid untuk confirmkan kedatangan akan dapat 1 paket Nasi Ayam Penyet FREE!!!

Sila taip (nama) jarak (tak nak rugi) ke 83433330... Talian dibuka sekarang...!!!

Dan pakaian seragam kita untuk hari itu Baju Hitam Singapore. Kalau semua pakai, kita jamming pakai baju itu jugak k?

Dengan itu saya mempersembahkan...
Cerita Anak Bapak...
Ditaja oleh Wandy Burger...
Dibintangi oleh Anak dan Bapak...
Kamera (handphone) kepunyaan Fadhil...
Disunting oleh Fid...
Hasil kerjasama Andika...




YOK KITA GABUNG!!!


Penulis sambilan - Fid