@. Terlanjur jalan biar sedundun... Terlanjur lenggang biar sehayun... Ikhlas daripada Andika... @.

Sunday, December 28, 2008

Liputan Liga Juara-Juara Oldbirds

Pada hari Sabtu yang lalu,
bersamaan 27hb Disember,
kelihatan beberapa bus rombongan penyokong,
serta 'entourage' media tempatan dan juga luar negara,
bergegas ke Stadium Terbuka Antarabangsa West Spring Sec.

Menurut Encik Faizal Espe dari MYK FC,
'wow, saya tidak sangka sokongan dan tumpuan yang diberikan
terhadap perlawanan ini tidak hanya datang dari dalam negeri,
tetapi juga dari negara jiran seperti Thailand dan juga India.
Saya kagum!'

Encik Bobo Redknapp yang berpegang pada taktik 'mind games' nya,
hanya mendedahkan pilihan kesebelasan utama pada hujung2 saat perlawanan dimulakan.
Malang, yang terperanjat bukan pasukan lawan tapi pasukannya sendiri.
Pak Dak tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya,
kerana tidak terpilih dlm kesebelasan utama.

Half Time
[MYK FC 3 - Andika Hotspurs 0]
HAAAUUUUUSSS!

Beberapa pertukaran kritikal dilakukan selepas waktu rihat,
taktik rotation ala Mighty Ducks terpaksa dilakukan.
Rombakan maksima melihat pemain pertahanan tengah, Liliho,
beralih posisi untuk mengisi ruangan penyerang utama.

Pertukaran ini jelas membuahkan hasil apabila Liliho
menjaringkan hat-trick sulung Andika Hotspurs
yang diselangi dua lagi gol dari pasukan gergasi, MYK FC.

Full Time
[MYK FC 5 - Andika Hotspurs 3]

kekalahan ini menjadi pemangkin semangat kepada pasukan,
Andika Hotspurs yang sudah lama tidak bersukan bersama.
Moga2 perlawanan ini dapat menjadi pembakar obor
kesukanan dalam diri masing-masing.

Terima Kasih MYK FC kerana sudi menjemput kami.

Hopefully there's many more to come! Insyaallah!

-------------------------------------------------

Pengurus Pasukan Andika Hotspurs,
Encik Bobo Redknapp, sedang meneliti bangla2 dan mat kotai,
di construction site bersebelahan.


Catfish a.k.a. Konyol, tengah placing bola untuk
tendangan bebas, kali kedua dia tendang,
kali kedua jugak kena tiang. nasib.


'Alamak! Macamana boleh kasi lepas!',
kata abang last-man sambil mengusap dahinya,
salah satu 'key player' MYK FC.
(susah beb nak lepas dia. mcm tony adams.)

Hero Hat-Trick Andika Hotspurs, Liliho!

Andika Hotspurs & MYK FC
A Friendly Affair.