Semoga semuanya dalam keadaan sihat wal'afiat.
wah best eh minggu ni cuti panjang.
ade yang kena kerja waktu cuti, teruskan.
yang kena belajar untuk term test minggu depan (ehem),
teruskan perjuangan anda.
Ada beberapa perkara nak bagitau,
ONE
esok, bersamaan dengan 7hb Disember 2008,
geng AndikaAnglers,
yang diterajui oleh Cikgu Djohan,
aka Bosh, aka Bobo Hustler, aka Gelama,
akan berenang ke pulau St John untuk mengail.
jadi sesiapa yang rasa2 berminat dan nak join,
pegilah calling2 ye.
sesiapa je boleh join, tag along, amek gambar, dah boleh jadi member rasmi.
TWO
Training masih belum lagi dilangsungkan,
jadi untuk yang masih tertanya2,
pasal ada yang dah gian bertepuk, berkimbo slice ke ber yang lain2,
sabar ye, updates akan diketengahkan dalam masa yang singkat.
keep a lookout.
THREE
'Andika Clinic'
bagi sesiapa yang berminat sahaja,
yang berkeinginan untuk meneliti dengan lebih mendalam lagi seni tercinta kita ini,
bagi sesiapa yang 'tak kesah luangkan masa peribadi demi kumpulan"
seperti yang telah diketengahkan di mesyuarat cum forum session minggu lepas,
jangan lupa ye, 28hb Disember, Ahad.
Lokasi akan ditentukan lagi.
FOUR
Sempena Hari Raya AidilAdha,
saya mewakili seluruh keluarga kecil Andika,
ingin mengucapkan Selamat Hari Raya!
Bagi sesiapa yang merindui ahli keluarga yang sedang menjalani ibadah Haji,
dengarlah lagu Michael Jackson "You Are Not Alone".
Doa-doakanlah moga2 ibadah mereka dapat diterima dan pulanglah mereka dalam keadaan yang selamat Insyaallah. Amin.
Yang di Singapura, solat raya jangan tak pergi pulak,
confirm seronok kan dapat tegok kambing2,
semalam dorang gi window shopping jap pat Vivo City,
Malam ni dan esok, sampailah mereka ke masjid2 masing2.
Yang duduk rumah je,
Meh kire kambing!
Lambada!
on a random note,
everyone's got to love the YIP-YIPS!